CYBER STORE

MAKING MONEY 5

SPECIAL HIGHLIGHT | MALAYSIAN PAGE | only for MALAYSIA2 | NUMISMATIC | for HER only | MAKING MONEY | MAKING MONEY 2 | MAKING MONEY 3 | MONEY MAKING 4 | MAKING MONEY 5

REZEKI DARI LANGIT:
AIRLIUR TERMAHAL DI DUNIA .

BUDIDAYA BURUNG WALET SEBAGAI SATU PENGUSAHAAN

SARANG BURUNG AEORODRAMUS/COLLOCALIA FUCIPHAGUS.

Akhir-akhir ini pengusahaan burung layang-layang jenis collocalia Fuciphagus semakin diminati masyarakat sekeliling. Hal ini dapat dilihat melalui banyaknya kewujudan rumah Aerodramus (layang-layang) yang dibangunkan di seluruh pelusuk daerah. Hampir sebahagian besar Negeri- Negeri Tanah Melayu Seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terangaanu, Pahang, Selangor, Melaka dan Johor terdapat bangunan untuk mengusahakan burung berair liur mahal ini. Iklim khatulistiwa Malaysia yang subur ini dengan suhu maksima 32 celcius membuat populasi Aoerodramus berkembang dengan biak. Burung ini di kenali sebagai burung walet di Indonesia. Burung rezeki dari langit ini hanya mempunyai habitat di Tenggara Asia sahaja. Tidak di Cina, tidak di Hawaii dan tidak pula di Afrika. Habitatnya hanya di selatan Burma, selatan Thailand, Filipina, Malysia dan Indonesia sahaja. . Jika kawasan ini rezeki dari bumi dan lautnya adalah minyak, maka dari langitnya adalah burung dan sarangnya yag berharga ini. (Satu kilo sarang mentah RM5,000)

Ada dua jenis bangunan yang di usahakan sebagai rumah walet: Pertama rumah kedai yang di ubahsuai di tingkat atas untuk perumahan walet. Bentuk ini banyak kedapatan dalam bandar seperti di Alor Star, Sg Petani, Nibong Tebal, Bandar Baharu dan lain lain bandar sepanjang Pantai Barat Semenanjong dan beberapa bandar di Pantai Timur. Namun bantuk ini berhadapan dengan aduan orang ramai kerana bunyi bising dan sebagainya sehingga ada Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan merobohkan binaan tersebut. Manakala di Malaysia Timur, Serawak dan Sabah masih mengutip hasil dari gua semula jadi.

Cara yang selamat ialah membina terus bangunan khas perumahan walet di kawasan luar bandar dan terhindir dari aduan orang ramai. Bentuk ini makin di gemari kerana bangunan ini senang di kawal selia dan di rawat.

Indonesia merupakan pengeksport sarang burung walet yang terbesar sekali di dunia, kemudian diikuti Thailand,Vietnam, Singapura, Malaysia, India,dan Sri Langka. Di peringkat atau taraf dunia, Indonesia merupakan pembekal sarang burung walet yang terbesar iaitu disekitar 80% dari keperluan dunia. Sampai tahun 2000, Indonesia telah mengeksport lebih 400 metrik ton sarang burung walet dengan harga lebih 3 juta dollarUS per ton ! Dari jumlah eksport tersebut 80% terdiri dari sarang burung walet yang dibudi daya (disini perkataan penternak tidak selesa digunakan kerana pengusaha tidak payah memberi makanan kepada burung-burung tersebut), selebihnya sebanyak 20% adalah dari habitat alam semulajadi yang terdapat di gua-gua sekeliling Indonesia.


MENGAPA MEMILIH BUDIDAYA WALET SEBAGAI SATU USAHA ?


Ada banyak sebab, antaranya:

1. Modal yang di keluarkan hanya sekali sahaja.
2. Modal tidak terlalu tinggi dan boleh di kongsikan dua tiga orang.
3. Kemudahan pinjaman peribadi dari bank mudah di perolehi.
4. Tidak perlu menyediakan makanan dan minuman untuk burung
5. Tempoh burung bersarang yang pendek.
6. Tidak perlu penjagaan seperti ternakan lain.
7. Pelaburan ini akan berterusan keanak cucu.
8. Harga sarang burung makin meningkat tinggi (tidak pernah jatuh harga sejak dari zaman Dinasti Ming)
9. Selain daripada ianya mempunyai nilai pemakanan yang tinggi ia juga telah menarik minat kosmetik industri kerana bahan awet muda yang ada.

MENGAPA ANDA PERLU MENGHUBUNGI KAMI SEBELUM MEMULAKAN PENGUSAHAAN BURUNG WALET ?


1. Kerana kami boleh mengenal pasti keujudan burung walet di tempat anda.
2. Kerana kami boleh membuat percubaan (testing) samada burung itu ada di kawasan anda.
3. Kerana kami sudah berpengalaman mendirikan rumah walet serta sistemnya
4. Kerana kami mempunyai peralatan untuk memancing walet masuk kerumah dengan menggunakan alat deria bunyi dan deria bau bauan.
5. Kerana kami tahu kadar kelembapan dan suhu serta cahaya yang sesuai dengan habitat walet.
6. Kerana kami tahu di mana pasaran sarang burung itu kelak.
7. Kerana kami mempunyai teknoloji untuk membersihkan sarang.
8. Kerana kami tahu bagaimana menyusun strateji untuk mendapatkan modal
9. Kerana kami bukan sahaj membina rumah walet, kami juga berkebolehan merawat bangunan itu sehingga di masuki walet.
10. Kerana kami berkemampuan menganjurkan kursus kursus tertentu jika perlu.
11. Kerana kos pembinaan yang kami tawarkan adalah yang sangat berpatutan.
12. Dan jika ada rumah burung tetapi tidak di huni oleh walet, kami sedia merawatnya.



APA KATA ORANG LAIN MENGENAI PENGUSAHAAN BURUNG WALET:


1. MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN ALAM SEKITAR, MALAYSIA
Industri sarang burung layang-kayang adalah satu perusahaan yang bergantung sepenuhnya kepada sumber alam semula jadi . Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menjaga alam sekitar bagi memastikan sumber-sumber ini dapat digunakan secara berterusan. Dalam kaitan ini pihak pengusaha rumah burung perlu lebih prihatin agar pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja berpotensi untuk dikomersialkan tetapi seharusnya mewujudkan pembangunan yang mesra alam dan dapat diterima masyarakat setempat.

DATO LAW HIENG DING
MENTERI
Tuntutan global yang sering meningkat untuk sarang burung dan ini memerlukan tumpuan penyelidikan sainstifik.Ianya harus mengenalpasti pengunaan baru dan inovatif bagi air liur burung ini.Sekiranya berjaya ,ianya akan mengalakkan pembangunan industri ini secara kelestarian di Malaysia. Industri ini mampu meningkatkan pendapatan.petukaran wang asing serta menambahkan peluang perkerjaan untuk pemuda-pemudi Malaysia, terutamanya dalam sektor pemprosesan hala bawah industri ini.
John Chen Joon Onn
Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia

Kertas kerja ini memaparkan secara umum anggaran taburan rumah sarang burung layang-layang dari jenis Aerodramus Ficiphagus(edible-nest swiftlet) yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Maklumat taburan ini diperolehi melalui bancian yang dijalankan keatas premis-premis dan juga melalui soal selidik daripada individu yang terlibat secara langsung dalam aktiviti ini .Anggaran jumlah rumah burung di Semenanjung Malaysia adalah 719.Ianya melibatkan sebanyak 52 bandar atau pekan. Negeri Perak telah mencatat bilangan rumah burung tertinggi iaitu sebanyak 412 buah yang meliputi Manjung,Sitiawan dan Lumut. Ini diikuti oleh negeri Kelantan Dan Pulau Pinang masing-masing ada Sebanyak 54 buah. Kebanyakan rumah burung adalah terdiri daripada rumah kedai lama yang terletak di kawasan bandar.Lebih kurang 90% kawasan bandar yang direkod di seluruh semenanjung Malaysia berkedudukan di sepanjang persisiran laut. Sebelum Tahun 1999 bilangan rumah burung adalah dianggarkan sebanyak 158 buah dan telah meningkat kepada 719 buah pada tahun 1999 hingga 2000 bagi seluruh semenanjung Malaysia.

Misliah bt. Mohamad Basir & Mohamad Refaee b. Abd Hamid
Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang


KOS PEMBINAAN RUMAH BURUNG WALET:
1 KOS KONSULTAN PEMBINAAN:
Kos kos ini tergantung kepada jarak di antara Alor Star dengan tempat pembinaan
termasuk lojing/toll / makan etc.(buku pan duan mengenai walet akan di berikan).
a. Lawatan tapak testing keujudan burung (2 kali)/ kesesuaian lokasi.
b. Lawatan tapak semasa projek pembinaan berjalan (8 kali)
c. Lawatan tapak semasa pemasangan alatan elektronik memanggil burung.( 3 kali)
d. Lawatan pemulehan dan rawatan (Jika di perlukan)

2 KOS BINAAN
Tergantung kepada saiz bangunan dan juga samada hendak dibina sendiri atau
melalui kontrektor termasuk kos tanah/kerja tapak.
Bagi bangunan sediada, perlukan kerja kerja ubahsuai untuk tujuan ini.
Lain lain kos berkaitan:
a. kos pembinaan pagar
b. kos bekalan air/ telaga/pendawaian letrik/ bulb/sensor light etc.
c. kos peralatan eg springkler/ water eveporetor/ alat jangka suhu

3 KOS PERALATAN ELEKTRONIK PEMANGGILAN BURUNG
a. Dua set amp
b. Dua set CD player
c. 4 keping CD
d. Set unit speakers/tweeter
e. Pendawaian pemasangan speaker/tweeter
f. Time switch

C KOS PENYELENGGARAN
a. Jaga keselamatan
b. Bayaran bil ayer/letrik
c. Pembaikan kerosakan alatan elektronik
d. Penjagaan dari gangguan

D PASARAN
Pasaran tiada masaalah, konsultan boleh menolong jualkan sarang tersebut jika pengusaha tidak dapat menjualnya.

PERUSAHAAN WALET(01 Ceklis)

SENARAI CEKLIS MENGENALPASTI KEUJUDAN BURUNG WALET.

A PERSEKITARAN(Makro)
1 Berapakah keluasan tapak cadangan bangunan rumah walet anda?
(Keluasan minima 40ka X 80 ka)
2 Apakah kegunaan tanah sekitar radius 2-3 km keliling tapak tersebut?
Tandakan X dalam kotak.
Tanah sawah 2 kali setahun
Tanah sawah sekali setahun
Tanah berpaya
Tanah bertasek
Tanaman kelapa sawit
Tanaman getah
Tanaman sayur
Kolan ternakan ikan
Ladang ternakan binatang
Hutan tua
Belukar
Terdapat sungai berhampiran
Terdapat rumah burung walet berhampiran
Terdapat lapangan terbang berhampiran
Terdapat bukit bergua semulajadi

B PERSEKITARAN (Mikro)

1 Jarak tapak dengan rumah atau bangunan lain
2 Sekitar tapak mempunyai tumbuhan melebihi 20 ka.
3 Jarak tapak dengan taliair/sungai terdekat
4 Adakah tapak tersebut dalam Taman perumahan
5 Adakah tapak tersebut dalam kawasan perniagaan/industri
6 Nama bandar yang paling hampir dan jaraknya
7 Boleh mendapat bekalan letrik
8 Boleh mendapat bekalan air semulajadi/paip
9 Ada jalan yang boleh dimasuki kenderaan ke tapak
10 Siapakah pemilik tapak/sendiri/saudara/kawan etc
11 Biasakah anda mmbuat pemerhatian di kawasan ini samada banyak terdapat burung layang layang ?
Tandakan X dalam kotak.



Waktu pagi
Banyak(lebih 50 ekor)
Sederhana (20-50 ekor)
Sedikit (bawah 20 ekor)

Waktu 11 pagi-3 petang.
Banyak(lebih 50 ekor)
Sederhana (20-50 ekor) Sedikit (bawah 20 ekor)

Waktu hampir senja
Banyak(lebih 50 ekor)
Sederhana (20-50 ekor)
Sedikit (bawah 20 ekor)

12 Adakah anda fikir orang ramai akan membuat aduan jika anda dirikan rumah walet di atas tapak itu?

NOTA:
Burung walet adalh seperti burung layang layang lain, warna choklat hitam, dadanya bukan putih, ekornya tidak bercabang, terbang berkawan dan gaya terbang berpusing pusing serta tidak hingga bertenggek atau hinggap di mana mana.

C KEPERLUAN MODAL

1 Berasaskan kepada kiraan kos binaan termasok kos sistem pada RM40.00 sekaki persegi, berapakah anggaran keluasan yang anda mampu dirikan?(Bagi bangunan 2 tingkat, keluasan lantai tingkat bawah hendaklah dicampurkan dengan keluasan lantai tingkat atas kemudian di campurkan dengan keluasan lantai bumbung tempat keluar masuk burung 200 kp)
Contoh: Bagi saiz untuk kapasiti antara 10 -12kg pengeluaran sarang: Keluasan lantai bawah 20' x 50' 1,000 kp
Keluasan lantai atas 20' x 50' 1,000 kp
Keluasan bumbung 10' x 20' 200 kp
JUMLAH 2,200 KP

Modal yang diperlukan ialah 2,200 x 40.00 = 88,000(Kos ini merupakan lebihkurang nilai 17.6 kg sarang walet)

2 Bilakah jangkaan anda modal mencukupi dan bermulanya kerja pembinaan?

3 Kos ini tidak termasuk kos pembersihan dan penambunan tapak kerana kerja ini hendaklah di siapkan lebih dahulu oleh pengusaha.

UNTUK KEGUAAN PEJABAT
Analisa Konsultan:
1. Observasi:
2. Audio testing:

EMAIL ME, cyberstokist@lycos.com IF YOU HAPPEN TO KNOW SOME PROGRAM THAT I DONOT KNOW OR YET TO BE SCRUTINISED.

you can find almost everything your need here in this Cyber Store

WANT TO BE ONLINE CYBER ENTREPRENEUR?
Free !!!
CLICK TO THE WORD FREE ABOVE
FREE STUFF
Free 2
CLICK AT PICTURE

Copyright © 2006 cyberstokist.tripod.com All rights reserved · Terms of use · Privacy policy